" Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama... "
Chewahhh!!
Tetiba keluar lagu abang nuar pulak khennn.
Kadang-kadang, kita perlu menjauhkan diri dari seseorang.
Bukan kerana kita tak sayang.
Bukan kerana kita dah benci.
Namun, kerana kita ingin menjauhkan gelombang negatif yang ada dalam diri dia.
Menjauhkan diri bukan bermaksud tak kawan.
Bukan juga bermaksud memutuskan silaturrahim.
Namun, kita juga perlukan ruang untuk diri kita sendiri.
Kita yang bertanggungjawab menentukan apa dan siapa diri kita.
Kita nak ke terus-terusan berkawan dan bergaul dengan orang yang mindanya negatif hanya kerana untuk menjaga hatinya?
No!! No!! No!!
Usah seksa diri.
Kita tak perlu beria-ia menjaga hati orang.
Yang perlu kita jaga ialah hati kita sendiri.
Yang perlu kita jaga ialah aura diri kita sendiri.
Yang lebih penting, yang perlu kita jaga ialah hati Allah.
Connection kita dengan Allah.
Bila kita jaga connection kita dengan Allah, Allah sendiri akan jaga connection kita dengan manusia.
Allah akan hantarkan orang yang baik-baik untuk berdamping dengan kita.
Insya-Allah.