[ KISAH THE POWER OF EXPECTATION
- Mendoakan rumah sendiri dimasuki pencuri? ]
Baru-baru ni rumah kawan saya dimasuki pencuri. Tapi nasib baik masa tu dia tak ada di rumah. Pencuri ambik duit dan barang kemas yang dia simpan dalam rumah.
Sebenarnya bila saya dengar berita tu, ada sesuatu yang bermain di kepala saya. Dan saya teringin nak tanya mereka suami isteri satu soalan cepumas ni.
Tapi saya simpan lah dulu soalan tu. Ingat nanti dah reda baru nak tanya.
Rezeki saya. Kami terjumpa di satu majlis kahwin. Dapat duduk semeja, berboraklah sakan.
Saya sebenarnya tak berhasrat nak tanya soalan cepumas saya lagi sebab ada ramai orang. Tapi perbualan kami di meja tersebut berkisarkan tragedi kecurian tu lah.
Macam-macamlah kami tanya kawan kami ni. Detektiflah katakan, semuanya nak cari punca pencuri masuk ikut pintu mana.
Jeng...jeng...jenggggg
Tiba-tiba si isteri sambil senyum tersengih-sengih cerita pada saya. Sebenarnya kan, saya kan....setiap kali kami keluar, bila sampai rumah kan, perkara pertama saya buat ialah, saya masuk bilik cek barang kemas saya. Masih ada atau tidak!..
Hah!!!....Tak payah tanya dah soalan cepumas saya. Dia dah ceritaaaaa....
Sebenarnya soalan itu yang saya nak tanya pada kawan saya ni. Inilah juga sebenarnya yang saya maksudkan dengan tajuk di atas iaitu...
"Mendoakan rumah sendiri dimasuki pencuri?"
Soalan yang saya nak tanya pada kawan saya, ada tak macam u rasa atau terlalu terfikir yang pencuri akan masuk rumah u? Terfikir yang dimaksudkan di sini ialah terfikir yang melampau. Fikiran yang menggunakan emosi dan energi yang sangat tinggi!..(Apa yang kita fikir adalah satu doa - maksud tajuk).
Kes macam ni pernah terjadi pada kami juga. Itu yang saya dah faham. Saya dah pernah cerita pun kan?
Jadi, yang belum masuk kelas mungkin kurang faham. Tapi inilah yang dimaksudkan dengan The Power of Expectation. Bermaksud, kuasa jangkaan terhadap suatu perkara untuk terjadi.
Dan ini semua kuasa minda bawah sedar. Yang mana kalau kita tak pandai kontrol atau mungkin tak tahu pun kewujudan minda bawah sedar, perkara-perkara macam ni lah yang akan terjadi.
Subconcsious mind ini kalau kita tak kontrol dia, kita akan jadi tak perasan yang kita dah buat sesuatu (atau fikir sesuatu) yang sebenarnya adalah satu proses jangkaan untuk perkara itu terjadi.
Tapi....kenapa bukan terjadi kepada semua orang? Saya rasa majoriti kita mesti ada terfikir perkara-perkara buruk macam ni. Contoh, terfikir pasal kecurian, atau kecurangan? Heheee....
Tapi....tahap kita berfikir tak sama. Ada yang berfikir dengan penuh emosi dan energi. Ada yang sekali lalu dan dia kontrol minda bawah sedar dia supaya cepat-cepat delete bayangan tersebut.
Satu lagi, adakah fikiran kita sehingga membawa kepada tindakan kita? Itu yang terjadi pada kawan saya. Kalau setakat dia rasa terfikir rumah dia dimasuki pencuri, itu ok lagi. Tapi, siap ada tindakan. Tindakan dia ialah bila balik dari mana-mana, dia akan cek barang kemas dia. Masih ada di situ atau dot dot dot?
U faham tak? Beberapa bulan lepas pun saya pernah cerita pasal expectation jugak kan? Yang kes kecurian di kedai dia. Dan dia boleh terasa perkara tu akan berlaku.
Sebenarnya, satu yang saya belajar. Iaitu kuasa keyakinan kita pada Allah. Kalau kita benar-benar berserah, benar-benar yakin bahawa doa kita didengariNya dan tahu bahawa Allah itu Maha Melindungi, tak mungkin semua ini akan berlaku.
Bila terfikir je buruk-buruk, cepat-cepat counter balik, mintak Allah jauhkan pemikiran sebegitu dengan kita. Yakinkan diri, kan Allah Maha Melindungi?
Dan bukankah Allah dah sediakan kita dengan ilmu pendinding iaitu Ayat Kursi? Itukan untuk menghalang perkara buruk daripada berlaku?
Dan, jika betul lah semua ini (ini semua adalah apa yang saya faham), bestnya kalau kita pandai gunakan The Power of Expectation dalam membina kenahagiaan dan kejayaan hidup kita.
Tukar fikir yang buruk-buruk kepada yang best-best. Insteadt of balik rumah cek barang kemas ada ke tak, why not balik rumah je tengok gambar rumah idaman kita yang kita framekan. Dan bayangkan hari-hari kita masuk ke rumah tersebut. Hihii...
Atau, kalaulah betul pasal expectation ni, ada yang teringin nak masuk majalah kan? Beli majalah JUTAWAN. Tukar cover majalah tu kepada muka kita. Pastu tajuk dia, print nama kita besar-besar, tukar nama orang tu jadi nama kita.
Hahahaaa.....
Jangan gelak!..Itu bukan tindakan sia-sia. Itu bukan kerja gila!.. Itulah antara yang saya dan rakan-rakan belajar dalam program Rahsia Kuasa Minda Jutawan.
Kenapa itu srmua penting? Apa yang kita cakap, apa yang kita rasa, apa yang kita fikir, dan apa yang kita buat (nak cek barang kemas dicuri atau nak buat majalah JUTAWAN jadi muka kita?), semua itu adalah DOA!!....
Dan, Allah mengikut sangkaan (expectation) hambaNya!...
Ok jutawanku sayang...seperti biasa leteran yang sangat panjang, semoga kita semua faham dan hidup penuh kejayaan dan kebahagiaan. Aminnn...
Untuk kawan saya yang rumah dimasuki pencuri tu, terima kasih di atas satu pengajaran yang sangat bermakna. Dan, jangan marahhhhh....u know who u are!...
Kredit : Anis Choc Moist Cake.