Dalam hidup ini, siapa yang ada ilmu, bertindak luar biasa, yakin denganNya dan diri, Insya Allah akan dapat apa yang dihajati.
Tapi pehal nak sakit hati dengan orang lain yang berjaya dan berjaya lagi, jika sendiri tidak ada ilmu atau tidak mahu belajar, tidak mahu bertindak dan tidak yakin diri serta kepadaNya yang akhirnya tidak ada peningkatan diri, hidup atau kewangan.
Robin Sharma masa lepak dengan dia last week, dia ada sebut, kita boleh dapatkan Jurulatih Fitness yang paling bagus dan mahal dalam dunia, tetapi last sekali, kita yang kena buat push-up, sit-up atau angkat besi sendiri, Coach kita tidak akan buatkan untuk kita der!
Ramai orang tidak sedar yang setiap kita diberi peluang yang sama rata di dunia ini. Bagi mereka yang bertanggungjawab dan berusaha untuk memajukan diri sendiri serta sanggup mengorbankan masa dalam mengejar impian dan matlamat, maka mereka lebih berhak untuk berjaya.
- Tuan Haji Dr. Azizan Osman