Tuesday, 31 December 2013

BBPlus Collagen untuk lelaki pun bolehhh.


>>> LELAKI PUN MINUM BBPLUS. BIBIR GELAP BERTUKAR PINK GITEWWW <<<

Apa yang best sangat pasal BBPlus Collagen ni berbanding kolagen lain?

Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit.
Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida 
3. Memperbaharui - Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.

Jangan tak caya lelaki pun boleh minum BBPlus Collagen ni. Daku biarkan gambar yang berbicara. Chewahhh!!


Credit to Sis Amelia Suhaimi.

Assalamualaikum & selamat pagi..

Sape nk kulit tegang sane sini?? Tanpa suntikan Botoks ?? Angkat tangan??

Nak kulit cantik ,licin...Senang ajerr...semudah 1 cawan sebelum tido..tgk ajerlah kulit En.Helmi ni..
Jerawat hilang, eye bag hilang, kulit lebih cerah & yg paling best wajahnya V Shape..dan badan semakin slim hanya dgn minum BBPLUS..
Sape nk macam ni angkat tangan?
"Alami Rahsia Kecantikan Asli dgn BBplus"

WhatsApp/WeChat : 012.270.94.00
BBM Pin : 765F2287



Monday, 30 December 2013

Senaraikan 101 IMPIAN kita.


Untuk membezakan orang berjaya dan orang gagal adalah, orang yang berjaya ada senarai impian atau WISH LIST!...Itulah antara pesanan Dr.Azizan Osmana masa dalam IMKK sesi kali ini. So, let us check..duduk diam-diam, lebih baik lepas Solat Dhuha pagi ni..kita terus senaraikan 101 impian kita..


Ini adalah perkara paling pertama kita kena buat. Masa nak tulis impian ni nanti, tak perlu risau tentang roadblock kita ke...tembok kita ke.. kolam ke...Itu semua nanti citer lain, yang penting kita hidup mesti ada impian!..Impian kita masing-masing tak sama, tapi pointnya sama je saya rasa..Nak rezeki yang banyak atau nak kaya, nak berjaya, nak bahagia, nak hidup sihat dan nak hidup yang di berkati.


Tapi, jangan lupa, segala impian tu mestilah tulis dengan specific, ada ciri-cirinya.Tak nak tulis yang general ok..Contohnya kalau nak kaya mesti ada amountnya, RM 10 ribu ke, RM 100 ribu ke.Dan, set date untuk kita capai apa yang kita impikan itu.Maksudnya, kalau nak kereta BMW, bila kita nak? Tapi jangan la set yang tak logik..macam nak bulan depan ke..Buat date yang logik lah ye....



Tulis sebanyak-banyaknya impian kita tu, seboleh-bolehnya 101 impian kata Dr. Azizan..jangan kurang, tapi kalau ada lebih lagi bagus..Ingat, Allah sangat suka kita meminta-minta padaNya.Allah sentiasa menunggu submission kita kerana Allah ingin menunjukkan kekuasaanNya!..Bukankah ALLAH MAHA BERKUASA?..



Jadi, tak ada masalah kita boleh mintak apa saja..The sky is the limit!..Allah tak pernah kata, kita kena limitkan permintaan kita..Kalau yang kerja clerk tu, tak boleh mintak lebih-lebih..Tak!..Allah tak pernah kata macam tu. 



Ingat ye, kita jangan hadkan imaginasi kita!..Kita jangan ingat macamana Allah nak bagi...Itu semua kerja Allah, ALLAH MAHA KAYA...Allah hanya tunggu kita meminta dan merayu padaNya, kerana ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI!...



Malu?....



Nak mintak dengan Allah pun malu? Ada orang malu nak mintak sebab dia kata dia banyak buat dosa selama ni...Dia rasa Allah tak sayang dia, Allah pasti tak akan bagi apa yang dia mintak...Siapa yang ingat macam tu? Hihihiii...saya lah tu..dulu pikir macam tu, takkan aku yang banyak dosa ni Allah nak perkenankan doa kita? Kan?..



Salahhhhhh!!!.............



ALLAH MAHA PENYANYANG.....Allah memang nak bagi!!..Serius, percayalah...ALLAH bukan Maha Pendendam macam kita..Orang buat salah sikit, sampai bila-bila pun tak nak cakap dah..tak nak tengok muka dah..tak nak kawan dah..dah benci!..Dah niat tak akan dimaafkan sampai bila-bila...Itu sifat siapa?...Itu sifat manusia,manusia yang hina!!...Allah tak macam tu, ALLAH MAHA PENGAMPUN!..Siapa yang buat dosa, bertaubatlah...Solat taubat, dan merayu pada Allah supaya dosa kita diampunkan...Bersangka baiklah dengan Allah...ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG..Ya Rahman, Ya Rahim.....



Rupanya bila saya mula bersangka baik dengan ALLAH, segalanya berubah!...Memang betul-betul Allah akan makbulkan apa saja yang kita mintak...Sama ada cepat atau lambat saja..Takpe, tapi memang dah tahu..dalam list kita tu nanti..kita akan potong satu persatu, menandakan kita dah dapat!...Best tauu....This is amazing experience!..Kami dah merasanya..Kami dah start menulis lepas keluar IMKK 2010. Alhamdulillah, terima kasih ye Doc..Ilmu ni sangat-sangat bermakna kepada kami...Kalau tak tulis memang tak tau macamana nikmatnya bila kita dapat nampak apa yang kita mintak tu Allah beri...beri..beri...satu per satu!..



Tapi, kenapa kena tulis?...Tak boleh ke kalau tak tulis?


Kalau kita doa macam dulu-dulu mak ayah, ustazah kita ajar saja tak cukup ke?..Boleh..tak ada masalah, cuma...tulis dulu, then lepas tu nanti kita doa lah macam biasa..tak ada masalah...Bukan apa, bila tulis tu macam submission untuk Allah tahu apa yang sebenarnya kita nak..Selagi tak tulis, selagi dalam bayangan kita saja..Itu macam angan-angan saja..Mentor saya cakap, angan-angan kalau tak ditulis, ia akan jadi angan-angan mat jenin...Tapi kalau angan-angan tu ditulis, ia menjadi IMPIAN...



Lagi satu, bila kita tulis tu...kita akan nampak segala permintaan kita akan Allah tunaikan..Jadi, kita akan mula bersyukur..kita akan sedar bahawa, wow banyaknya Allah dah beri pada kita..Kalau kita tak tulis, Allah perkenankan jugak doa..Cuma, kita tak boleh nampak dah apa yang Allah beri..lama-lama kita lupa..Bermaksud, takut kita semakin lupa tentang kekuasaan Allah..takut, kita semakin lupa tentang kasih sayang Allah pada kita..



Bila tulis, kita boleh tengok balik..apa yang Allah dah bagi kita 3 tahun lepas..Kalau yang dah 5 tahun tulis, of course dah 1 buku wish list dia..Mesti dah banyak yang dia dah dapat..Dari situ, akan datangnya rasa bersyukur terhadap nikmat yang Allah dah berikan kepada kita..Dari situ, kita akan nampak betapa banyaknya impian kita yang dah dikabulkan Allah...Dari situlah kita akan rasa bersyukur..bersyukur..bersyukur...



Ada limit tak permintaan kita?..



Syaratnya, tulis saja apa yang kita fikir kita nak..Tak payah limitkan permintaan kita..DON'T LIMIT YOUR IMAGINATION!..Jangan fikir, aku ni exec biasa je...takkan nak mintak income 20 ribu? Tak ada masalah, mintak saja..Tak payah pikir macamana Allah nak bagi..Itu semua kerja Allah!..ALLAH MAHA KAYA, Dia taulah nak buat macamana, Dia tau lah jalan mana yang dia nak bagi kat kita..Yang terbaik untuk kita..Mungkin 20 ribu tu bukan dalam bentuk gaji, tapi dia buka jalan untuk berbisnes ke?..



Whatever jalannya lah...kita tak payah pikir...ALLAH MAHA MENGETAHUI...Yakin padaNya...Dia MAHA PENCIPTA ALAM, takkan permintaaan kita yang sekecik itu pun Allah tak boleh bagi?..Jadi, tak ada masalah kita boleh mintak apa saja..The sky is the limit!.. Percayalah, yakinlah..Kerana, Allah hanya akan beri kepada kita yang yakin pada kasih sayangNya, yakin dengan kekuasaanNya..yakin pada kewujudanNya..



WALLAHU'ALAM...

Kopipes dari FB Anis Choc Moist Cake.





Sunday, 29 December 2013

Inspirasi : Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Semoga Aween mampu menjadi seperti beliau. Mungkin tiada kaitan antara kami kecuali saudara sesama islam. Tapi kepingin sangat mahu menyambung warisan agar boleh membangunkan ekonomi Islam serta menaikkan taraf kehidupan lebih ramai orang. Terinpirasi selepas membaca buku biografi beliau. 


Selain dari yang disebutkan di bawah, beliau juga mempunyai sebuah yayasan yang dinamakan Yayasan Al-Bukhary, Universiti Al-Bukhary (pendidikan percuma kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik dari seluruh dunia), Masjid Al-Bukhary, hospital beserta pusat dialisis percuma kepada golongan miskin tegar.

Beliau sangat percaya kepada The Power Of Giving. 
The more you give, the more you will be given. 




Nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa? – BERNAS!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi.
Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources,
Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Minum kopi mesti campur gula.
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR.
MSM milik Felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ;
MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sepenuhnya.

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan.
Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP.
IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff.
Malakoff milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja laa. 
Naik motor Kriss, keluaran MODENAS.
Modenas milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton.
Proton milik DRB HICOM.
DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja.
Honda Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat.
Bank Muamalat milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Kereta kena ada insurans coverage.
Insurance beli dari siapa? = Uni Asia Insurance.
Uni Asia Insurance milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM.
Puspakom milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang.
Landasan keretapi siapa buat? = MMC.
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Sekarang, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary pun nak ambil alih KTMB.
Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja laa. Nak pergi Johor.
Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak laa naik keretapi atau kapal terbang. Naik kapal laut sahaja laa.
Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Pelabuhan Tanjung Pelepas milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port.
Johor Port milik siapa? = MMC.
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Ok laa. I orang KL, naik MRT sahaja laa (apabila siap).
Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC.
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Macam ni la… tak nak keluar rumah langsung!
Duduk rumah, hantar surat sahaja!
Apabila nak hantar surat, kena lekat setem!
Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.


Tahniah Tan Sri! Allahuakbar! Allahuakhbar!

Credit to Sis Felinna Nadea ed Fattah.




Doa pun salah...


Dalam sesi perkongsian dengan para pengedar semalam, ada sesuatu yang saya ingin kongsikan, yang saya lihat ramai yang sangat terkesan dengan kata-kata Tn CEO kami merangkap suami saya. Uols ni nak dengar ke?...


Saya tak sangka jugak sebenarnya ramai yang tak berapa nak faham lagi pasal ni..Itu lah dia, pegi seminar sana sini...tambah-tambah pegi yang half day je dah ingat pandai..dah tak tambah ilmu lagi...



Rupanya banyak yang belum faham lagi bab ni..Sebab tu lah ramai yang masih nak sebut lagi kata-kata negatif, yang masih tak kisah lagi nak cakap apa, yang masih tak rasa apa-apa tentang " kata-kata itu adalah satu doa".



Suami saya ada sentuh tentang minda. Dia sebut lebih kurang macam ni,dia kata.. minda kita ni sangat powerful sebenarnya, subconcious mind ni sifatnya, dia absorb je segala patah perkataan yang kita katakan.Dia tak tahu betul atau tidak, positif atau negatif, kerja dia absorb je..Sebab tu, suami saya kata jangan salah doa.



Contohnya macam ni, ramai yang doa, "Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah aku dari kemiskinan...Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah aku dari sebarang penyakit...".Agak-agak betul ke kata-kata macam ni?..



Kalau anda selalu doa macam ni, patutlah hidup anda tak kaya-kaya lagi..patutlah sekejap-sekejap migrain, sekejap-sekejap nak demam...sekejap-sekejap sakit pinggang...Ye lah, dah hari-hari doa..subconcious mind pulak tangkap perkataan "miskin" dan "penyakit" tu...Sebab apa?..



Sebab....itu adalah sifat subconcious mind.Minda kita ni dia tak nampak perkataan..yang dia nampak hanya objek.Jadi, bila kita sebut jauhi kemiskinan, apa yang kita terbayangkan di minda?..



Terbayang orang miskin, kan?..Kalau doa pulak, jauhi dari penyakit...Apa yang kita nampak di minda?..Nampak orang sakit kan?.



Salah sorang stokis kami Nizam pun share pengalaman dia pasal ni. Kata Nizam, isteri dia bekerja di international company.Tahu sajalah kerja dengan mat saleh ni..kalau nak marah, dia tak simpan-simpan lagi dah.Jadi isteri Nizam ni pun hari-hari berdoa, "Ya Allah Ya Tuhanku, aku tak nak cuai hari ni..aku tak nak kena marah hari ni"



Tapi hari-hari dia tetap kena marah..Jadi Nizam pun cakap pada isteri dia, apa kata tukar doa tu kepada nak kerja dengan lebih baik,nak menggembirakan bos dan faham dengan apa yang boss arahkan...lebih kurang macam tu lah bunyinya...Tapi yang bestnya kata Nizam, lepas tu alhamdulillah...isteri dia dah tak ada masalah kena marah dengan boss lagi!..



Nampak tak?...Faham tak?...



Berbuih Dr.Azizan ajar.."kata-kata itu adalah satu doa"..tapi masih nak sebut yang tak elok..masih suka cakap yang negatif..Tu la, pegi seminar pun sekali je rasa dah pandai..



Balik rumah, tak cari kawan positif...pastu buat aktiviti macam biasa balik, tengok tv..baca paper....hihihii...patut la masih sebut yang negatif.



Cer balik, tambah lagi ilmu..Baca buku,ni balik baca novel.Citer pulak frust cinta sana sini..Citer pasal suami main kayu tiga ..Masih tak faham lah tu, benda tu dok tanam dalam minda..Nanti lama-lama risau suami ni asyik dok balik lambat je...



Entah-entah....??? 



Tup tup bayangan yang kita baca dalam novel tu pun akan muncul satu demi satu...Kalau sekali takpa..tapi kalau dah tiap-tiap malam dan dah bertahun terbayang suami main kayu tiga..akhirnya?????....Nak?...



Habis kalau tak nak..baca lah lagi novel macam tu..Kalau suka sangat nak baca novel, baca novel yang positif sikit..yang buat suami boleh rasa nak balik awal jer...ishhh takkan nak citer kat sini kan, nak suh baca novel apa?..hehehe...paham-paham je lah kay..



Tak tau lah uols faham ke faham...Sangat penting perkara ni..Jaga kata-kata, jaga doa kayy... Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dunia akhirat...

Kopipes dari FB Anis Choc Moist Cake.




Kisah Pakcik Jual Laksa Beras


Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar,saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.


Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang pelanggan sediakan.


Zaman ini, kebanyakkan penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.


Setelah membeli laksa beras,pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan plastik atau pembaziran bekas.


Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.
Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”



Pakcik itu pun menajwap, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.


Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana –mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit.


Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah . Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga menggelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.


Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar.


Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.


“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”


“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”


MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.


Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini.


Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakkan laksa beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa beras yang bermotosikal menggelilingi kampung. Tidak pasti adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang enak.

Sama-samalah kita mengambil iktibar darinya untuk kebaikan diri kita sendiri.

Kopipes dari FB Cahaya Petunjuk. 





Monday, 23 December 2013

BVSM : Mak sering sakit, demam, kebas, tak boleh berdiri lama.


Assalamualaikum..

Kisah ini mungkin panjang untuk diceritakan, tetapi mungkin bermanfaat untuk mereka yang memerlukan..

Credit to Sis Yusliza.
Ini mak saya.. Umurnya menjangkau 64 tahun.. Mak seorang yang sangat aktif.. Kebiasaannya bangun seawal 5.30 pagi dan meneruskan kerj-kerja2 sebagai suri rumah.. Waktu rehatnya adalah ketika tidur sahaja..

Dengan tak disangka.. 2 bulan yg lalu, mak terhentak ketika hendak duduk.. Tulang punggung "lari".. 

Semenjak itu mak sering sakit, demam, kebas-kebas, tak boleh berdiri lama, tak boleh memasak dan banyak aktiviti tertangguh.. Abah dan adik bongsu ambil alih tugas mak sepanjang masa itu.. Dah pergi hospital, klinik dan pergi berurut.. Keadaan masih sama.. 

Saya mengesyorkan supaya mak guna tilam BVSM sebagai ikhtiar.. Tapi semua pun tak percaya.. Abah, adik-beradik semua tak setuju (biasalah, memang susah nak meyakinkan ahli keluarga)..

Seorang kenalan abang di Bahagian Orthopedic menyuruh mak mengamalkan rendaman kaki dengan air suam yang dicampur GARAM.. Katanya GARAM ni SANGAT ELOK UTK SENDI DAN TULANG.. GARAMMMMM??? Hmmm.....

Akhirnya saya nekad untuk membeli BVSM ini untuk mak.. Hari kedua mak guna BVSM keadaan mak semakin sakit.. Mak terus demam, langsung tak boleh berjalan, sakit kepala.. Saya suruh mak terus bersabar.. Minum Mineral Coffee dan banyakkan minum air kosong.. Mungkin proses penyembuhan.. Hati saya semakin risau, tetapi setiap waktu saya hanya mampu berdoa supaya Allah mengizinkan BVSM menjadi penawar kepada segala penyakit yang mak hadapi..

2 minggu telah pun berlalu.. Mak sangat berseri, ceria dan sihat.. Mak dah boleh masak dan buat kerja rumah seperti biasa.. Mak dah boleh pergi shopping dan jalan-jalan. Mak sangat seronok.. 

Sebab tengok mak dah sihat, abah beli lagi 1 BVSM untuk adik pulak.. Adik-beradik pun masing-masing nak bagi duit untuk BVSM yang saya beli untuk mak tu..

Alhamdulillah.. Segalanya dengan izin Allah.. Setiap penyakit ada penawarnya. Kita hanya boleh mencuba BVSM ini sebagai ikhtiar. TQ Allah!

Terpaksa SIHAT, KAYA & BERJAYA.
TQ Allah!!

WhatsApp/WeChat : 012.270.94.00
BBM Pin : 765F2287




Friday, 20 December 2013

New product Cozuma.


Lipstik, Festivo Eyes & Cheeks Palette. (Limited Edition 2014)

Ciri-ciri best lipstik ni ~ menggunakan minyak ikan, kolagen, papaya, minyak biji bunga matahari utk memerahkan kembali bibir yang kusam. Selain itu ia juga diperkaya dengan vitamin C dan E.

Ramai yang dah try sample dan dah ada yang order. Memang kellasss. Rasanya yang 'ringan' memang best, seperti oles lipstik MAC dengan harga 1/3 dari sebenar..


Festivo Eyes & Cheeks Palette pula menggunakan bahan awesome seperti yang ada pada (bedak kompak + moisturiser + sunblock + foundation) Cozuma...

Lai lai lai.. Stok adalah limited...

Terpaksa CANTIK, KAYA & BERJAYA!!
TQ Allah!!

WhatsApp/WeChat : 012.270.94.00.
BBM Pin : 765F2287




Wednesday, 18 December 2013

Kenapa ramai yang negatif?


Kalau orang positif, dia akan perasan yang sebenarnya ramai yang negatif di luar sana. 80-90% daripada orang sekeliling kita adalah orang yang negatif. Tapi....adakah peratusan ini termasuk diri kita? Hehehe...Sebenarnya kan, kita pun ada mengeluarkan kata-kata negatif jugak tau..Cuma kita saja yang tak perasan..tapi...orang lain perasan tau...


Macamana nak tahu kita ni jenis orang yang positif atau negatif? Antaranya ialah, kalau selalu komplen, bermakna orang tu adalah orang yang negatif. Dan, kalau jenis yang suka memberi alasan, itu juga adalah orang yang negatif. Begitu juga perhatikan kehidupan anda. Kalau kerjaya anda, bisnes anda, kewangan anda, kesihatan anda dan perhubungan anda dengan suami, anak-anak dan ibu bapa anda adalah dalam keadaan yang baik, bermakna anda adalah orang yang positif. 


Kalau sekarang ni ada yang sedang tertekan dengan masalah kewangan, ada masalah rumahtangga, keadaan kesihatan yang membimbangkan...maaflah nak kata, orang tu adalah di kalangan orang yang negatif sebenarnya.



Kalau kita dah boleh mengaku dan nampak yang kita sebenarnya ada sifat yang negatif dalam diri kita, insyaallah kita akan nampak banyak jalan penyelesaiannya. Selagi kita tak boleh nak mengaku keburukan kita, negativiti kita, selagi itulah kita akan sentiasa terperangkap di dalam negativiti tersebut.



Sebenarnya, kenapa seseorang itu bersifat negatif? Kerana, jawapannya senang saja..Dia tidak bersyukur!..Dia tidak ada sikap yang suka bersyukur kerana dia mengambil kesempatan di atas semua perkara yang berlaku dalam hidup dia.Mengambil kesempatan adalah satu perbuatan yang negatif yang ramai tak perasan ada dalam diri dia.



Bila seseorang itu suka mengambil kesempatan atau take things for granted, dia akan lupa untuk berterima kasih atau bersyukur di atas pemberian tersebut.Sebab itulah hidupnya sentiasa ada masalah kerana dia terlupa untuk mengucapkan terima kasih pada Allah di atas segala pemberian Allah. 



Ada yang kata, Allah tak bagi apa-apa pun pada dia. Ye ke Allah tak bagi apa-apa? Adakah kita bersyukur semasa kesihatan kita dalam keadaan yang baik? Atau bila dah sakit baru nak perasan pasal pemberian kesihatan oleh Allah?Adakah kita bersyukur dapat gaji pada setiap kali kita terima gaji tu ataupun baru perasan nilai gaji tersebut bila kena potong gaji atau bila majikan dah tak mampu bayar gaji? 


Adakah kita bersyukur mendapat pasangan hidup kita ini waktu segalanya indah ataupun kita hanya perasan anugerah Allah memberi pasangan kita hanya bila pasangan dah tiada?..Waktu dia ada...asyik komplen je memanjang pasal pasangan,sentiasa ada saja yang tak kena. Adakah kita bersyukur dengan kereta kita walau sekecik macamana pun dia..lama macamana pun dia...atau kita hanya perasan jasa dia bila dia dah mula meragam?



Nampak tak mentaliti orang yang suka take things for granted? Dia tak akan faham dengan segala pemberian Allah. Dia terlupa dengan segala anugerah Allah. Dia ingat anugerah Allah yang juta-juta je..yang banglo-banglo je..yang BMW jer...yang ratus ratus, yang rumah flat, yang kereta Kanc...dia terlupa itu semua pun anugerah Allah pada dia. Sebab dia terlupa nak bersyukur dengan Kanc dia, dan dia selalu komplennnn memanjang pasal Kanc dia... sebab tu Allah tak transform Kanc dia ke BMW. 



Mentaliti orang yang suka mengambil kesempatan ni akan membawa kepada suka komplen. Dan komplen ni adalah negative thoughts. Jadi,bila u start komplen, lebih banyak komplen akan datang dalam hidup dia. Bila u komplen pasal cuaca, pasal trafik, pasal boss u, pasal suami u, pasal isteri u,pasal family u, pasal bil telefon u, dan macam-macam komplen lagi...Itu bermakna orang yang tidak bersyukur!..Dan u tak perasan, sebenarnya bila u komplen, u sedang menolak impian u jauh dari diri u.


Dah faham kan, bila kita komplen dan bercakap guna negative words, dan mengambil kesempatan, semua kebaikan tidak akan diberikan kepada kita. Dan kita pun dah faham bila terjadinya masalah dalam hidup kita, bermaksud kita tak cukup bersyukur dan berterima kasih pada Allah.Sebab, adalah mustahil untuk kita berfikir dan menjadi negatif kalau kita banyak bersyukur.Adalah mustahil untuk kita komplen dan mengkritik dan menyalahkan orang lain kalau kita sentiasa bersyukur.Dan adalah mustahil untuk rasa sedih, frust kalau kena reject customer dan sebagainya kalau kita sentiasa bersyukur.



Dan ini bermaksud...bila kita dah perasan yang kita ni adalah orang yang negatif, senang saja nak transform dan hilangkan negativiti tersebut, iaitu dengan BERSYUKUR!..Segala negatif akan hilang sekelip mata bila kita mula bersyukur. Dan bagaikan magik, magik kuasa Allah....seperti janji Allah, Barangsiapa yang bersyukur, Aku akan tambah lagi!..





WALLAHU'ALAM....