Friday, 7 March 2014

Ayat-ayat orang kaya a.k.a Affirmation.

- Syarat mencipta ayat affirmation dan matlamat -


Assalamualaikum jutawan yang dermawan semua...



Okay hari ni nak sambung sikit je lagi pasal 'affirmation' yang kita dah tanam dalam otak kita setiap hari tu.



Untuk nak jadikan sebagai satu habit, saya syorkan you jangan skip selama 21 hari berturut-turut membaca kata-kata affirmation ni k. 

Sebab dari segi sains, sel kita sentiasa diperbaharui dalam masa 21 hari.

Dan bila 21 hari berturut-turut kita dah biasa buat affirmation ni, ia akan menjadi darah daging kita. Kalau miss sehari, you kena start kira semula kay...


Sepanjang hari, you buat je affirmation ni berkali-kali. Sampai kata-kata tu semua dah melekat dalam minda kita untuk hari tersebut.

Kan saya sebut semalam you boleh create je kata-kata positif ni dari buku atau buat sendiri. Tapi kena ikut 3 syarat ni okay.

1. Kata-kata positif ni mesti dalam 'present-tense'.
Contoh: "Saya ada banyak duit". "Saya dapat banyak projek bernilai jutaan ringgit". Jangan tulis dalam "future-tense" ( eh betul ke Cikgu English? ) macam ni 
"Saya AKAN ada banyak duit".

Sebab bila you cakap macam tu, bermaksud you create 
di minda you yang you akan dapat banyak duit 'satu hari nanti', bukannya sekarang. Bila satu hari nanti tu? 

2. Kata-kata 'affirmation' mesti dalam ayat yang positif. 

Bila you sebut kata-kata affirmation, you sebenarnya memberi arahan kepada subconcsious mind you. Dan melalui beberapa pendapat sains, subconscios mind manusia tak boleh capture perkataan negatif seperti 'tak nak' atau ' jangan'. 

Contoh, kalau saya suruh you "Jangan fikir tentang gajah pink itu". Apa yang you mampak di minda you? Gajah pink kan?

Jadi, bila you create kata-kata affirmation, bunyinya akan jadi macam ni "Saya sentiasa ada banyak duit dalam bank akaun saya".
Jangan buat macam ni, "Saya tak akan keluarkan duit saya dari bank akaun saya ".

Sebut dan gambarkan apa yang you nak bukan yang you tak nak kay...

3. Kata-kata affirmation ni mesti spesifik.

Ada satu cerita ni. Dia seorang tukang masak. Dia nak sangat pegi Venice. Dia faham tentang konsep 'affirmation' ni. Jadi dia start buat affirmation macam ni. "Saya dapat satu tugasan masak di Venice". Dia selalu ulang, ulang, ulang.

Selepas 4 bulan, majikan dia hantar dia untuk tugasan memasak di salah satu karnival mewakilkan negara di Venice. 

Nampak? Affirmation dan begitu juga matlamat, kita perlu set exactly atau spesifik apa yang kita nak.

Boleh boleh??

Okay, you dah boleh start cipta kata-kata affirmation umtuk diri you sendiri ok. Satu saya nak pesan. Bila sebut, sebut dari dalam sekali. Deep from your heart and soul. You kena konfiden boleh dapat. Jangan ada rasa sangsi boleh dapat ke tak, boleh dapat ke tak. Itu syarat paling utama sebenarnya kay...


Selain daripada tu serah dan tawakkal pada Allah. Jangan pikir macamana nak dapat, sebab Allah Maha Berkuasa, sekali Allah kata "KUN FAYA KUN" maka jadilah ia...

Ok!? All the best, saya doakan anda semua kaya dan berjaya. Selamat menambah nilai hidup ramai orang lagi.




Thursday, 6 March 2014

Tips tanam minda untuk kaya & berjaya.


- Kata-kata positif yang perlu ditanam di minda -

Macamana nak jadi sentiasa dalam positive state of mind? Perasan tak bukan semua orang di sekeliling kita adalah orang yang positif. Dan perasan tak, yang kita pun bukanlah positif sangat setiap masa. Kadang-kadang datang jugak negatif tu.

Saya perhatikan, orang yang punya 'inner drive' yang hebat akan sustain je positivity dia. Dia buat macamana ye?

Sebenarnya, apa yang dia buat ialah simple je. Setiap hari dia tanam minda dia dengan kata-kata positif atau dinamakan 'affirmation'.

'Affirmation' ini ialah kata-kata yang sengaja direka cipta ditujukan untuk diri kita sendiri untuk memudahkan kita capai target atau untuk menukar persepsi kita terhadap sesuatu perkara.


Tapi..... Ia akan lebih berjaya kalau kita ucapkan selalu. Bermakna kena selalu tanam, tanam, tanam, barulah ada hasilnya. Bukan visualize je "I have abundance of money". Itu tak cukup. Kena sebut dan cakap kuat-kuat kepada diri kita. 

Ramai yang dah tahu kan? Sebab kalau dalam seminar-seminar anjuran Richworks (antara contoh sahaja) dah biasa sangat tentang 'affirmation' ni. Tapi tahu tak sama dengan buat. 

Masa seminar semua bersemangat, baca terjerit-jerit sampai hilang suara.
Bila balik, sunyi sepi. Malulah nak baca depan isteri. Sat gi dia cakap aku ni apahal terjerit-jerit macam tu? Bila kita tak teruskan aktiviti menanam minda ni, lama-lama kita akan kembali menjadi seperti kita yang dulu.

Macamana saya tahu?..

Of course lah dulu saya pun macam tu. Pandang ringan je perkara ni. Balik rumah tutup file, THE END.

OK sekarang dah tahu kan? Cari balik affirmation tu semua, kumpulkan, tuliskan semula pun boleh. Lepas tu baca. Make sure you read from your heart. Feel it!!

Kalau yang tak pernah pegi kelas Dr.Azizan, boleh jugak selak-selak page saya ni. Hampir setiap pagi saya ada update affirmation ni. Itu contoh je, kalau you nak buat sendiri pun boleh. Ambik je dari mana-mana buku dan tuliskan.



Contoh-contoh affirmation yang saya pernah sebut dalam page ialah, 
"Saya dapat rasakan ada sesuatu yang hebat akan berlaku pada saya hari ini."
"Saya selalu dapat apa saja yang saya mahu." 
"Saya seorang pemenang! Saya selalu menang dan saya menang besar (win big)!"

Itu antara contohnya saja. Insya-Allah banyak lagi 'affirmation' yang nak disebut setiap hari. 

Tapi ada syarat tertentu tau nak tulis affirmation ni. Insya-Allah bila-bila saya share kay...

Ok assalamualaikum. Harap uols jangan baca je. Buat tau. Ok ke?