>>> DREAM BIG, START SMALL, ACT NOW <<<
Tengah-tengah skroll newsfeed, tiba-tiba terbaca tentang Small Office Home Office (SOHO) dan ada lagi satu new terms iaitu Work At Home Mother (WAHM).
Uish! Best giler ni. Terus google cari konsep yang diidam-idamkan. Sementelah pulak insya-Allah tahun depan akan pindah rumah baru, so kena cepat-cepat programkan minda untuk visualize konsep macamana yang diinginkan. Me and husband sukakan konsep moden ala-ala hotel 5 star gitewww. So, kemungkinan besar inilah konsep yang akan kami applykan di rumah baru nanti, insya-Allah.
Lepas ni, kena prepare siap-siap persediaan mental dan fizikal sebab nak tukar kerja lain pulak. Nak kerja direct dengan big boss kita, Allah swt. Sebab, kerja dengan Dia kita akan punya banyak masa dengan keluarga sebab waktu kerja flexible. Nak bercuti pun anytime, takde limit tahunan. Ish! Banyak lagi laa benefit. Tak tertulis sebab banyak sangat. Hehehe~
Ya Allah!
Dulu, tak pernah pun ada IMPIAN macam ni. Kalau ada pun, Aween sendiri yang cepat-cepat cakap dengan diri sendiri "tak mungkin aku akan dapat semua tu". Lepas tu, tak berani dah nak pasang impian. Sebab apa? Sebab takut kecewa bila tak dapat. Takut bila berimpian, dengan membayangkannya sahaja dah kena 'bayar'.
Tapi, sejak join Seminar Minda Magnet Rezeki, segalanya mula berubah. Dari IMPIAN-IMPIAN kecil, Aween dah berani memasang IMPIAN-IMPIAN yang lebih besar. Dah berani berangan nak pakai kereta macam tu. Dah berani berangan nak rumah macam ni. Dah berani berangan gitu gini. Alaaa~ Berangan jer bukan kena bayar pun kan?
Ada banyakkk lagi yang Aween nak kongsi tentang apa yang Aween dapat lepas balik dari Seminar Minda Magnet Rezeki tu. Keep on follow my latest updates k!
Salam sayang.
Segalanya berubah.
TQ Allah!!