Friday, 3 January 2014

Position yourself.

Khas untuk anda semua yang menantikan sharing ilmu dari saya. Here, i share from my heart, from my experience and from my knowledge. 


Credit to Sis Dayah (Cahaya Petunjuk)



BUAT KEPUTUSAN SIAPA ANDA NAK JADI 

Orang yang berjaya dia buat 1 KEPUTUSAN apa yang dia nak jadi. Apa cita-cita dia. Sebagai contoh, saya selalu menetapkan diri sebagai OWNER/PEMILIK SYARIKAT. Jadi, kalau saya masuk mana-mana kedai atau berurusan dengan sapa-sapa, saya akan tanya siapa pemilik syarikat/kedai/produk tersebut. Salah satu pengalaman adalah, apabila saya mahu Pengasas Felinna Beauty sendiri pakai produk Miracle Refreshing Offical Page saya contact beliau sendiri melalui PM di private facebook beliau, bukan pm di offical page dia. Sebab apa? Saya nak beliau sendiri yang reply. Sebab saya meletakkan diri saya setaraf dengan beliau, iaitu sebagai pemilik produk.



TONJOLKAN DIRI ANDA, SUPAYA ORANG SEDAR AKAN KEWUJUDAN ANDA

Saya cuba tonjolkan diri saya dengan post status yang baik-baik, status yang dapat bagi manfaat pada orang lain. Sebab, manusia nie fitrahnya suka benda yang baik-baik. Bila saya KONSISTEN post status yang baik-baik, orang mula sedar kehadiran saya. Orang mula FOLLOW status saya. Orang mula SUKA pada saya. Pada mulanya saya hanya copy & paste status orang-orang lain, kemudian saya mula tulis terjemahan Al-Quran berpandukan kitab Quran itu sendiri, bukan dari website mahupun blog. Dan sekarang, saya mula share ilmu saya dari hati. Sebab, antara ciri manusia yang mendiami syurga adalah manusia yang memberi manfaat pada ramai orang.



SIGNATURE & PAGE NAMA

Setiap kali saya post status, terutamanya daripada tulisan saya sendiri, saya akan letak Cahaya Petunjuk & Miracle Muslimah pada akhir perenggan. Selain daripada memposisikan diri saya, saya juga mengajar orang ramai atau friendlist saya untuk LIKE page saya TANPA PAKSAAN. Like dengan IKHLAS sebab mereka INGIN TAHU apa yang saya buat.



SENTIASA UPDATE URUSAN BISNES ANDA

Saya suka berkomunikasi dengan follower-follower saya dengan update aktiviti terkini saya. Ia ibarat satu diari saya. Dengan update aktivi saya, saya rasa DEKAT dengan anda semua. Dan orang mulai YAKIN & PERCAYA akan perniagaan yang saya lakukan.



and so on.


Agak-agaknya cukup saya share 4 perkara nie atau nak lagi banyak tips?
Kalau nak saya bagi banyak tips, kena janji dengan diri sendiri yang 4 tips di atas nie anda sume BUAT TERUS DAN KONSISTEN. Ambil langkah pertama sekarang. Sebab langkah pertama inilah yang MENENTUKAN KEJAYAAN ANDA KELAK.