Wahhh!!
Semua dah excited nak celebrate raya.
Aween pun rasa excited jugak sebab ini kali pertama raya yang betul2 raya.
Last year beraya dalam pantang, so tak best sebab tak dapat melaram baju raya, tak dapat berjalan sakan, makan pun kena catu.
Tahun ni dah beli 2 pasang baju, cukup laa kan?
Selebihnya untuk anak-anak laa.
Tak sabar nak balik kampung, nak rasa suasana menyambut malam raya di kampung.
This year Aween beraya kat kampung suami.
Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.
Mungkin raya ke-3 Aween akan balik kampung Aween pulak.
Kat Taman Bukit Chamang, Bentong.
Tak sabarnyaaa lahaiii.
Ngalahkan budak-budak.
Apa-apa pun, selamat memandu pulang ke kampung.
Berhati-hati di jalan raya.
Pastikan kenderaan telah diservis sebelum memulakan perjalanan.
Jangan lupa kunci pintu tingkap segala.
Kalau rumah ada cctv, make sure uols on k!
Pastikan semua suis dan paip ditutup supaya tiada pembaziran berlaku.
Dan, laporkan kepada polis bahawa uols balik kampung supaya pak polisi boleh tolong tengok-tengokkan rumah uols.
Last sekali, Aween nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pelanggan, bakal pelanggan, bakal rakan kongsi dan sahabat handai sekalian.
Semoga ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan dan bulan-bulan mendatang diterima oleh-Nya dan diberi pengampunan serta rahmat.