Thursday, 18 December 2014

Doa secara tepat (spesifik).

Bismillah.

Melihat ratusan senarai doa yang dikomen pada seseorang yang sedang berada di Mekah, memberi saya idea untuk menulis ebook tentang Doa Spesifik. 
Haza min fadhli Rabbi.

Seni Berdoa - 29 Kajian Kes Tentang Doa Spesifik

=====
1. Rezeki 
=====


"Ya Allah, Kau kurniakanlah aku rezeki."
Rezeki yang bagaimana kita nak? Ia terlalu luas untuk ditakrifkan.
Tubuh yang sihat
Boleh melihat dengan mudah 
Tangan yang boleh menulis


=====
2. Kekuatan 
=====


"Ya Allah, saya mohon dikurniakan kekuatan untuk dugaan ini."
Ujian adalah ibarat gim untuk kita menjadi kuat bagi keadaan akan datang. Andai diadaptasi kepada abang sado, mereka pergi gim untuk kuat dan besarkan otot.

Ujian diberi ke atas orang beriman supaya mereka kuat untuk masa akan datang. Apabila kita meminta kekuatan, jangan salahkan Allah saat Dia beri lebih banyak ujian.

Kerana ujian adalah latihan menguatkan kita untuk keadaan masa hadapan.

=====
3. Dikurniakan anak setelah 3 tahun tidak mempunyai zuriat
=====


Ada antaranya minta dikurniakan anak setelah 3 tahun tidak peroleh zuriat. Adalah lebih baik dispesifikkan lagi kepada,

Anak yang cukup sifat
Sihat 
Menjadi anak yang soleh
Menyenangkan ibu bapa


Adapun orang yang tidak dapat zuriat setelah 5 tahun berkahwin, mereka berdoa untuk peroleh anak. Namun, saat Allah beri, anak itu tidak cukup sifat. Maka mereka kecewa. Sedangkan mereka take for granted untuk tidak menspesifikkan doa mereka.

Maka, jangan salahkan Allah saat Allah tak beri apa kita minta.

Pertama, muhasabah semula, kita minta apa dengan Allah. 
Spesifik atau tidak?
Kedua, barangkali itu adalah yang terbaik untuk kita.


"Allah akan makbulkan mengikut kebijaksaan Dia."

Doa spesifik - ibrah daripada surah Al Fatihah. 
Ayat nombor 7 menjelaskan apa itu 'jalan yang lurus' iaitu,
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka. Bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Nah! Kan jelas. Kita faham - apa itu jalan yang lurus pada ayat 6 dalam surah Al Fatihah.

“Apabila Allah hadirkan rasa untuk meminta, barangkali itu tanda Allah nak memberi.”

Justeru, mintalah.

Dapat sesuatu?

Credit : Che Insyirah