Monday, 18 August 2014

Allah Yang Menggerakkan.


SAYA 'KENA SETEPEK' DENGAN JAWAPAN MBAK : 

Khamis lepas di kediaman Dr Azizan Osman, saya bertemu Mbak Yaakob. Maaf saya tuliskan disini, beliau berkerusi roda sahaja sekarang. Walaupun begitu beliau amat bersemangat hadir setiap majlis selawat, untuk kejar syafaat bilangnya.


Saya sempat bertanya 'mbak, macammana mbak ni kuat semangat betul pergi majlis selawat padahal saya yang sihat wal afiat ni pun selalu on-off?

Mbak menjawab dgn penjelasan yg amat mengejutkan sekaligus menginsafkan 'ustaz, kekuatan yang mbak dapat ni bukan dari kaki. Bila kita ke sesuatu tempat, bukan anggota kita yang menggerakkannya, tapi ALLAH YANG MENGGERAKKAN...' 

Mbak tersenyum saja. Beliau menyambung 'sebab kalau Allah tak gerakkan hati ke tempat bermanfaat, walaupun kita ada anggota sihat & sempurna, kita tetap tidak sampai ke situ....'

Astaghfirullah. Jawapannya benar-benar mengesankan. Saya yg sihat badan ni rupanya masih 'tak sihat' hati. Kerana itu saya masih on-off dalam buat ibadah. 

Padanlah Rasul lama dahulu pesan agar menjaga hati lebih dari menjaga kesihatan badan lain, sebab ia adalah RAJA : 

’Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati’. (hadith riwayat bukhari & muslim)

Ps : peringatan ini utk diri. Ia dishare agar kita mendapat manfaat, sentiasa berpesan utk lebih baik dari hari sebelumnya.

Kredit FB : Ustaz Mohammad Asraff Ayob.