Thursday, 6 March 2014

Tips tanam minda untuk kaya & berjaya.


- Kata-kata positif yang perlu ditanam di minda -

Macamana nak jadi sentiasa dalam positive state of mind? Perasan tak bukan semua orang di sekeliling kita adalah orang yang positif. Dan perasan tak, yang kita pun bukanlah positif sangat setiap masa. Kadang-kadang datang jugak negatif tu.

Saya perhatikan, orang yang punya 'inner drive' yang hebat akan sustain je positivity dia. Dia buat macamana ye?

Sebenarnya, apa yang dia buat ialah simple je. Setiap hari dia tanam minda dia dengan kata-kata positif atau dinamakan 'affirmation'.

'Affirmation' ini ialah kata-kata yang sengaja direka cipta ditujukan untuk diri kita sendiri untuk memudahkan kita capai target atau untuk menukar persepsi kita terhadap sesuatu perkara.


Tapi..... Ia akan lebih berjaya kalau kita ucapkan selalu. Bermakna kena selalu tanam, tanam, tanam, barulah ada hasilnya. Bukan visualize je "I have abundance of money". Itu tak cukup. Kena sebut dan cakap kuat-kuat kepada diri kita. 

Ramai yang dah tahu kan? Sebab kalau dalam seminar-seminar anjuran Richworks (antara contoh sahaja) dah biasa sangat tentang 'affirmation' ni. Tapi tahu tak sama dengan buat. 

Masa seminar semua bersemangat, baca terjerit-jerit sampai hilang suara.
Bila balik, sunyi sepi. Malulah nak baca depan isteri. Sat gi dia cakap aku ni apahal terjerit-jerit macam tu? Bila kita tak teruskan aktiviti menanam minda ni, lama-lama kita akan kembali menjadi seperti kita yang dulu.

Macamana saya tahu?..

Of course lah dulu saya pun macam tu. Pandang ringan je perkara ni. Balik rumah tutup file, THE END.

OK sekarang dah tahu kan? Cari balik affirmation tu semua, kumpulkan, tuliskan semula pun boleh. Lepas tu baca. Make sure you read from your heart. Feel it!!

Kalau yang tak pernah pegi kelas Dr.Azizan, boleh jugak selak-selak page saya ni. Hampir setiap pagi saya ada update affirmation ni. Itu contoh je, kalau you nak buat sendiri pun boleh. Ambik je dari mana-mana buku dan tuliskan.



Contoh-contoh affirmation yang saya pernah sebut dalam page ialah, 
"Saya dapat rasakan ada sesuatu yang hebat akan berlaku pada saya hari ini."
"Saya selalu dapat apa saja yang saya mahu." 
"Saya seorang pemenang! Saya selalu menang dan saya menang besar (win big)!"

Itu antara contohnya saja. Insya-Allah banyak lagi 'affirmation' yang nak disebut setiap hari. 

Tapi ada syarat tertentu tau nak tulis affirmation ni. Insya-Allah bila-bila saya share kay...

Ok assalamualaikum. Harap uols jangan baca je. Buat tau. Ok ke?