Sunday, 29 December 2013

Inspirasi : Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Semoga Aween mampu menjadi seperti beliau. Mungkin tiada kaitan antara kami kecuali saudara sesama islam. Tapi kepingin sangat mahu menyambung warisan agar boleh membangunkan ekonomi Islam serta menaikkan taraf kehidupan lebih ramai orang. Terinpirasi selepas membaca buku biografi beliau. 


Selain dari yang disebutkan di bawah, beliau juga mempunyai sebuah yayasan yang dinamakan Yayasan Al-Bukhary, Universiti Al-Bukhary (pendidikan percuma kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik dari seluruh dunia), Masjid Al-Bukhary, hospital beserta pusat dialisis percuma kepada golongan miskin tegar.

Beliau sangat percaya kepada The Power Of Giving. 
The more you give, the more you will be given. 




Nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa? – BERNAS!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi.
Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources,
Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Minum kopi mesti campur gula.
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR.
MSM milik Felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ;
MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sepenuhnya.

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan.
Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP.
IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff.
Malakoff milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja laa. 
Naik motor Kriss, keluaran MODENAS.
Modenas milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton.
Proton milik DRB HICOM.
DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja.
Honda Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat.
Bank Muamalat milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Kereta kena ada insurans coverage.
Insurance beli dari siapa? = Uni Asia Insurance.
Uni Asia Insurance milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM.
Puspakom milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang.
Landasan keretapi siapa buat? = MMC.
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Sekarang, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary pun nak ambil alih KTMB.
Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja laa. Nak pergi Johor.
Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak laa naik keretapi atau kapal terbang. Naik kapal laut sahaja laa.
Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Pelabuhan Tanjung Pelepas milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port.
Johor Port milik siapa? = MMC.
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Ok laa. I orang KL, naik MRT sahaja laa (apabila siap).
Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC.
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Macam ni la… tak nak keluar rumah langsung!
Duduk rumah, hantar surat sahaja!
Apabila nak hantar surat, kena lekat setem!
Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.


Tahniah Tan Sri! Allahuakbar! Allahuakhbar!

Credit to Sis Felinna Nadea ed Fattah.